Wednesday, July 11, 2012

Muhdalena Ahmad


Bila aku dikejutkan dengan panggilan kawan baik aku Rozi Mael dan diberitahu Ina telah ditembak, aku rasa bagaikan gelap pemandangan sekejap. Punyalah terkejut dan tergamam, apa yg aku boleh buat masa tu hanyalah menangis teresak-esak sambil suami aku menenangkan. Aku ambil cuti dan terus menangis sampai bengkak2 mata sambil berfikir apalagi yg aku boleh buat untk membantu dia, nak melawat kat hsptl tak boleh apetah lagi nak berjumpa. Aku tau pasti dia ada sebab kenapa dia berada disitu (JPM) tapi aku tak rasa tujuannya untuk membunuh PM kita. Kalau dia berada disitu untuk membunuh dah habis semua cedera, tapi tak ada seorang pun cedera masa kejadian tu. Fikirkanlah.


Setiap kali aku tgk gambar ni aku akan sebak, dengan dia dlm keadaan ditembak, bila tgk link video nya lagi lah aku rasa cam nak pengsan. Aku amat berharap sesuatu yg lebih baik untuk dia dan semoga hukumannya diringankan. Aku bertambah pelik bila memikirkan sebab dia bukan seorang yg anti kerajaan even Bersih punya hal pun dia yg paling tak suka...dia penyokong BN selamanya....tak tercapai kat otak aku ni untuk percaya bahwasanya dia sedang menentang kerajaan, pasti ada sesuatu yg berlaku disebalik ni semua...pasti...
Dia mmg seorang baik, memahami, sensitive, dia la yg paling senang menangis antara kitorang ni baik ain, gimah, faizah, aku lagi la plak mmg ego nak mampos untuk mengeluarkan air mata nih. Ina la yg paling lembut hati.

Harapan aku sekarang hanyalah ingin berjumpa dengannya dan membantu dlm apa jua sekalipun yg aku mampu. Harap sangat mana2 peguam boleh tampil membantu memberi pendapat dan cara bagaimana nak membela Ina. Aku sedar kesalahan dan pertuduhan ke atasnya sangat berat. Tapi aku juga percaya apapun boleh berlaku. Jadi aku tak pernah putus harapan dan berdoa semoga Allah berikan ruang untuknya mendapat yg terbaik dan dipermudahkan segala urusan hingga segalanya selesai.

Aku tak kira la dia end up kat mana pun, aku tetap akan pergi berjumpa dengan dia itu janji aku, kerana dia tak pernah mungkir janjinya pada aku dan sentiasa ada disamping aku tatkala diperlukan. Aku sayang dia. Dan aku akan tetap doakan dia.

Aku harap sangat semua yg bernama manusia, orang, rakyat, human, people....jangan mencaci maki dia lagi. Cukuplah apa yg dia dah lalui...semua yg diluar sana tak tahu pun apa sebenarnya yg berlaku jadi tolong jangan membuat spekulasi sendiri.

LUV U INA...ALWAYS....

Monday, July 2, 2012

Aku teringat...

Sedang mencoret sambil mendengar lagu Broery Marantika... huhu...
hubby aku mmg suka sangat nyanyi lagu2 broery nih...so ngan aku2 skali terjebak....

tetiba aku teringat masa zaman2 remaja aku dulu...mcm2 perangai aku buat, semua aku langgar....tak pernah serik dan tak pernah nak dengar nasihat...apa yg aku tahu, aku je yg betul...takat bercinta? tak pernah setia dan tak pernah menghargai kekasihpun.malangnye la sapa yg pernah jadi ex boy aku kan..hehe...aku harap semua ex2 aku maafkanlah aku...itu semua dulu...aku sentiasa mendoakan ex2 aku happy sepertimana aku... :)
but when aku terjumpa hubby aku banyak benda berubah, dia la lelaki yg pertama boleh mendengar dan merasa apa yg terbuku dlm hati aku ni, sampai la ke hari ni. Alhamdulillah dah 7 thn dah kitorang kahwin. banyak dugaan tapi dia tetap standing for me and our kids. Dlm hidup kitorang ni bukan aku yg banyak berkorban, sebenarnya dia yg paling banyak berkorban demi melembutkan hati aku yg keras ni dan menghancurkan batu yg ada dlm kepala hotak aku nih hehe...sekali baca cam lawak ek...tapi itu la hakikat.

Nasib baik aku sedar cepat dan aku belajar melembutkan hati sendiri, cuba faham org lain instead of org faham aku...aku akui masih banyak benda yg aku kena belajar demi menghargai org2 disekeliling aku, aku tak boleh selfish...

Allah Maha Pengasih dan Penyayang...benar...janji2 Allah itu Benar...tak perlu aku sebut satu persatu, hanya aku dan Allah sahaja yg tahu kenapa, bagaimana, apa yg telah terjadi sampai aku sedar sendiri...Allah berikan aku segala apa yg aku nak, baik lambat mahupun cepat, dulu aku tak sedar...apa yg aku tau Allah blessed me...but actually Allah blessed my hubby and my kids more than me, coz apa yg aku dapat kerana doa hubby and my kid...sungguh tak sangka hubby aku sentiasa minta Allah makbulkan doa aku...setiap hari dia akan ajak anak aku yg sulong solat dan berdoa untuk aku??? haih...sedangkan aku sentiasa minta Allah makbulkan doa dia dan anak2 aku... sebak pulak bila aku mengenangkannya...tak sanggup aku nak biarkan hubby n anak2 aku dlm kesusahan, and that's y aku sentiasa utamakan diorang dari segala-galanya....semoga Allah pelihara keluarga ku ini...Aamiinn....

Aku berjanji..selagi nyawa dikandung badan akan aku setia dan menyayangi Suami yg tercinta Ranizal Basiran...(jiwang lak aku memalam nih)...
Wahai adik beradik, sedara mara dan kawan2 yg terbaca blog aku nih... kalo tetiba aku nak tercurang, sila lempang muka aku laju2 dengan tapak kasut korang k...kasi aku sedar dan takkan lupa daratan... Sekian...

Thursday, June 28, 2012

saja nak semakkan blog...



Umangaaiiii!!!! lamanya la tak update blog nehhh
Hari ni aku nak share pictures masa caving dulu...pengalaman yg sangat best...cuma tak rasa nak pergi lagi je...hahaha....punya la best...kalo nak tau sila la pegi...


semangat...semangat!!!

ini masih bersih...with bebs my colleague... 


owh ini time sangat semangat!!!!

ini pun...masih semangat berkobar2...



yg ini terlebih2 semangatnya...haaaa dah nak hampir dah tuh...


 jeng jeng jeng.....yg ni paling best...baru lepas keluar dari cave tersebut...bau taik kelawar ada...bau lumpur pun ada...10 botol perfume pun takleh kasi hilang....







haaaa yg ni pun best gak...posing punya posing alih2 kawan laki aku time college...


ok yg ni terang sikit...so boleh terlihat kesengsaraan yg telah kami lalui...huhu...


ini buat..ala2 gembira la...hahah

ni gambar last selepas caving end...dah bersih2...cantik2...hensem2 semuanya...so jgn tertipu juga dengan kitorang punya kebersihan time nih...huhu
Apapun pengalaman yg takkan aku lupakan...tak tau la lepas ni apa lg activity yg diorang plan.....harap2 takde la yg melibatkan air coz aku sgt takut dengan air yg dalam dan tak nampak dasar...sekian terima kasih...happy viewing... ;)

Wednesday, March 28, 2012

Thursday, March 22, 2012

Define Nik Sinar Suria

Today i'm feeling different, don't know y. Suddenly felt like i'm falling in love again.
Really wanna say sorry for being stubborn and selfish all this while, but how?? sometimes my ego higher than eager. I remembered when i had a little talk with Mr Maharis last few days, he make me realized that i'm always aware about my attitude and hoping other people could accept it without realizing that others are different from me and the only one hope that i can relay on is God. There's no way they will be like me. Even within my family, husband n kids, they been given no choice except following my desire and need. It's unfair. I need some changes on myself, wish me luck.

Wednesday, March 21, 2012