Wednesday, July 11, 2012

Muhdalena Ahmad


Bila aku dikejutkan dengan panggilan kawan baik aku Rozi Mael dan diberitahu Ina telah ditembak, aku rasa bagaikan gelap pemandangan sekejap. Punyalah terkejut dan tergamam, apa yg aku boleh buat masa tu hanyalah menangis teresak-esak sambil suami aku menenangkan. Aku ambil cuti dan terus menangis sampai bengkak2 mata sambil berfikir apalagi yg aku boleh buat untk membantu dia, nak melawat kat hsptl tak boleh apetah lagi nak berjumpa. Aku tau pasti dia ada sebab kenapa dia berada disitu (JPM) tapi aku tak rasa tujuannya untuk membunuh PM kita. Kalau dia berada disitu untuk membunuh dah habis semua cedera, tapi tak ada seorang pun cedera masa kejadian tu. Fikirkanlah.


Setiap kali aku tgk gambar ni aku akan sebak, dengan dia dlm keadaan ditembak, bila tgk link video nya lagi lah aku rasa cam nak pengsan. Aku amat berharap sesuatu yg lebih baik untuk dia dan semoga hukumannya diringankan. Aku bertambah pelik bila memikirkan sebab dia bukan seorang yg anti kerajaan even Bersih punya hal pun dia yg paling tak suka...dia penyokong BN selamanya....tak tercapai kat otak aku ni untuk percaya bahwasanya dia sedang menentang kerajaan, pasti ada sesuatu yg berlaku disebalik ni semua...pasti...
Dia mmg seorang baik, memahami, sensitive, dia la yg paling senang menangis antara kitorang ni baik ain, gimah, faizah, aku lagi la plak mmg ego nak mampos untuk mengeluarkan air mata nih. Ina la yg paling lembut hati.

Harapan aku sekarang hanyalah ingin berjumpa dengannya dan membantu dlm apa jua sekalipun yg aku mampu. Harap sangat mana2 peguam boleh tampil membantu memberi pendapat dan cara bagaimana nak membela Ina. Aku sedar kesalahan dan pertuduhan ke atasnya sangat berat. Tapi aku juga percaya apapun boleh berlaku. Jadi aku tak pernah putus harapan dan berdoa semoga Allah berikan ruang untuknya mendapat yg terbaik dan dipermudahkan segala urusan hingga segalanya selesai.

Aku tak kira la dia end up kat mana pun, aku tetap akan pergi berjumpa dengan dia itu janji aku, kerana dia tak pernah mungkir janjinya pada aku dan sentiasa ada disamping aku tatkala diperlukan. Aku sayang dia. Dan aku akan tetap doakan dia.

Aku harap sangat semua yg bernama manusia, orang, rakyat, human, people....jangan mencaci maki dia lagi. Cukuplah apa yg dia dah lalui...semua yg diluar sana tak tahu pun apa sebenarnya yg berlaku jadi tolong jangan membuat spekulasi sendiri.

LUV U INA...ALWAYS....