Thursday, January 13, 2011

Ada orang kata....

Ada orang kata FB adalah tempat untuk berangan-angan. kerana apa yg kita tunjuk tak semestinyer betul, dan kalau betul pun ada yg kata kenapa nak menunjuk2. Suka hati diorang la nak menunjuk ke hapa ke. pada aku kalau nampak orang upload gambar2 yg boleh dikategorikan sebagai untuk menunjuk2 pun takde rasa apa2. sebab aku fikir maybe they deserve to show off atas usaha diorang sendiri. Ahhhh lantak lah...masing2 ada persepsi masing2.
sekarang waktu lunch, semua org dah kuar so tinggal la aku sorang malas nak kuar....tiap2 hari tak lekat kat opis..penat tuuuu....bila godek2 Blog n FB sesorang....aku terfikir sesuatu...sesuatu yg mengubah hidup aku....iaitu 'USAHA'....tanpa aku sedar aku n hubby dah dapat mengubah macam2 dalam kehidupan kitorang nih dan dlm rumahtangga kitorang gak. Ramai orang kata kalau diorang jadi cam aku mesti seronok...persoalannya jadi yang macamana? aku tak nak orang letakkan aku sebagai idola sebab aku ni belum cukup bagus so aku harap semua kawan2 dan rakan2 baik karib mahupun tidak jadilah lebih dari aku, bukan macam aku. masing2 ada rezki masing2 dan segala perjalanan kita semua telah ditetapkan, ianya juga lain2 tak sama. jadi jgn jealous antara satu sama lain. kita kena support each other. aku tak kisah untuk terima sesiapa je untuk jadi kawan. aku bukan jenis yg berkawan dengan ada niat tertentu. aku tak pernah take advantage pada sesiapa, sebab apa yg aku nak aku leh dapatkan sendiri. nak kata sayang kawan2 aku...itu dah tentu, tapi aku nak diorang akan berusaha untuk jadi lebih dari aku....aku akan happy kalau tgk kawan2 aku beroleh kejayaan, dengan tanpa rasa hasad dengki aku akan ucapkan TAHNIAH. oleh kerana aku ni mcm ni, that's y fikiran dan hati aku tak pernah mengalami penyakit 'kusut masai' atau 'tekanan perasaan' ehehe.
so...kepada kawan2 dan rakan2 aku, kepuasan dan kegembiraan aku adalah kejayaan korang semua, kalau korang perlukan pertolongan dari aku...contact2 la k. aku boleh bantu dari segi apapun Insya'Allah. dah ramai dah datang n mintak nasihat...Alhamdulillah selama ni segalanya berjalan lancar dan ada sesetgh daripadanya dapat diatasi. aku puas hati bila dapat tolong korang semua...indeed i am....aku akan jarang online sebab ada sesuatu yg aku tgh usahakan...jadi kalau korang semua rindu kat aku silalah call atau sms ye...hihi...sampai disini sajalah dulu...tunggu di post yg akan datang lak ...bubbye =)

Saturday, January 1, 2011

Kisah permulaan hidup aku...

Setiap manusia akan ada sesuatu yg membuatkan dia bersemangat untuk hidup. Pada aku, anak2 aku yg punca utama kenapa aku harus teruskan kehidupan, seterusnya barulah hubby, my mother and family. aku bersyukur dikurniakan suami bertanggungjawab, setia, penyayang dan anak2 yg comel loteyyy....eheheh...

Ramai orang kata dan nampak aku bahagia, sampai ada yg menyatakan pada ku, yg aku ni idola diorang. Siapa kata senang nak jadi bahagia. macam2 perkara dah aku tempuh dari muda sampai lah nak ke tua nih...(tua ke aku dah???) huhu...Aku selalu teringat waktu mula2 aku kenal suami dan waktu permulaan hidup kitorang sebagai suami isteri. Masa lamaran, aku macam tak percaya tapi serba salah nak menolak. Suami ramai peminat tapi aku sampai sekarang pelik kenapa dia minat aku. Asalnya kawan aku yg minat pada dia. tak pasal2 yg dimintak no phonenya aku...ehehe...bila kitorang mula berkawan aku dah nak pass kan phone number dia pada kawan aku tuh. well nak dijadikan cerita aku tukar no phone sekali ngan nombor kawan2 aku tuh hilang. aku mmg dah ada boyfriend dan sepatutnya terima rombongan pada hujung tahun tu (2004). Aku cuba nak jelaskan pada Suami aku time tuh tapi dia tak dapat terima pulak. last2 aku tinggalkan boyfriend aku tuh dan terima lamaran Suami aku nih.  Kalau dah jodoh takkan kemana ye tak...huhu

Banyak dugaan yg kitorang tempuh bersama. waktu tarikh pertunangan kitorang aku masuk sepital sebab demam denggi, suami aku jaga aku...sanggup amik cuti selama aku berada dihospital. Siap kena operate, tukar darah la ape la coz denggi aku dah tahap denggi berdarah, masa aku di pindahkan ke wad lepas operation, penghuni katil aku tuh baru je lepas meninggal. baru aku sedar yg aku nih critical sebenarnya, 50-50 lah org kata. Tapi kalau dah jodoh tu jodoh la jugak, umur aku panjang...setelah berhari-hari terlantar tak boleh bangun, even berdiri, akhirnya sembuh jugak.

15.05.2005 kitorang berkahwin. kenduri sederhana. tapi kedua2 belah pihak berjalan lancar Alhamdulillah. mula2 dok umah mak mertua 1 thn, pastu dok umah mak sendiri 6 bln sambil2 cari rumah untuk disewa. last2 dapat gak, rumah 1st yg kitorang sewa takda lah teruk kira ok la jugak. ada 2 bilik, dapur dan ruang tamu yg sederhana besar. Anak baru sorang time tu ok la kan...masa dok kat umah tuh perkara yg paling aku tak boleh lupa orang sebelah rumah aku suka amik daun limau purut, serai dan jantung pisang aku yg kat belakang umah aku tuh...nak aje aku jerit 'wei kalo korang nak petik2 sesuka hati macam ni baik tanam sendiri woii!!!'...hampes sungguh, tapi pada suatu hari jiran aku tu ketuk pintu dapur..aku pun keluar dia tanya "akak nak beli tak blender saya ni 60 ringgit je" kesian aku tgk dia ada anak sorang...aku pun beli je la...bukan sebab aku nak sangat blender tuh....tapi sekadar nak membantu dia bagi makan kat anaknye...diorang pun baru mula hidup mcm aku jugak...semenjak dari pada tu asalkan aku beli apa2 untuk anak aku...aku mesti bagi jugak kat anak jiran aku tuh... kalo aku masak lauk pauk yg special sket aku suruh suami aku hantarkan kesebelah...sama merasa orang kata...=)
Pastu aku naik pangkat as officer, suami mmg dah officer kat MAS time tuh. Anak dah bertambah sorang lagi...dah jadi dua... kitorang pun pindah ke apartment amazing heights..3 bilik 2 bilik air dan ruang tamu yg sangat luas. 1 thn setengah aku dok situ aku dapat offer untuk jadi PA, selepas beberapa bulan aku dapat offer as Business Development Executive apelagi sambar la, pastu terus carik umah teres 2 tingkat...dapat gak akhirnya. walaupun bukan corner lot tapi cukup luas dan selesa buat anak2 yg semakin membesar...dan yg paling penting cabinet dapur aku sangat cantik ehehe...tu yg syiok tuh...
sebenar banyak lagi cerita dalam hidup aku yg boleh dikongsi...tapi malas la plak nak tulis panjang lebar..kang penat lak korang2 nak membacanya ehehehe... ok lah...ini sajalah buat masa ni ye...kita bertemu lagi di lain post akan datang...tataaa... =)