Wednesday, August 3, 2011

The new me....chewahhh





i luv the way i am now...huhuhu rasa lebih selesa dan lebih disayangi. mungkin ramai yg tertanya tanya kenapa? why? yenne??? jawapannya senang je, dah terbuka hati la tuh..apalagi. jgn ditanya owkeyyy. kalau ada yg tak boleh nak terima atau tak berapa setuju lantak koranglah itu hak korang nak fikir apa dan pendapat masing2. untuk pengetahuan, aku pakai nak sampai ke mati...bukan pakai masa bulan puasa je, kalo mcm tu lagi baik tak yah pakai...(itu pendapat aku la)...
dan aku bertudung nih tak memberikan aku hak untuk mengata atau memandang serong terhadap yg tidak memakai...coz adik bradik aku pun tak pakai, kawan2 aku pun ramai yg tak pakai, in fact aku pun dulu tak pakai so aku tau camna rasanya dan perbezaannya. pada aku bukan senang nak bertutup litup ni. sebelom nak melakukannya bertapa muhasabah diri dah aku nih sampai menangis2, terngigau2 mimpikan arwah ayah aku, arwah nenek aku, arwah atok aku, sampai la aku lakukan apa yg patut baru tenang jiwa raga ni.

buat pengetahuan semua, jgn la anggap  aku ni org asing atau makhluk asing hanya kerana aku ni bertudung, aku tetap aku...cuma maybe ada sedikit perbezaan dari segi cara kelakuan dan pemakaian...aku tetap terima adik beradik, kawan2, n sedara mara aku kalau diorang nak pakai seksi meksi pun...itu hak diorang. aku berubah pun takde sape yg nasihat sendiri sedar. so bertudung ni tidak memberikan aku lesen agong untuk bagi nasihat tentang keagamaan sesuka hati owkey, juga tidak memberikan aku satu jalan untuk berpuak puak....
Apapun credit to my husband, sentiasa menyokong apa yg aku buat...kalau yg baik lagilah dia sokong...siap bg peruntukkan untuk aku membeli tudungs n bajus yg bertutup...ehehe...juga sentiasa berada disisi aku tatkala aku ngigau mimpi ngeri...(dia je la yg tau) huhu....mengajar aku erti kesabaran, ketaatan dan kebaikan...banyak lagi sebenarnya...tapi takpelah biar aku je la yg tau selebihnya...hehe...just nak bgtau aku bersyukur giler dan tak pernah menyesal berkongsi hidup dengan seorang lelaki a.k.a suami yg bernama Ranizal Basiran. sayang sangat2 kat dia. ayat yg dia selalu bg bagi kat aku msa aku seksi meksi eheh "abang suka dan nak ayang pakai tudung, tapi abang tak nak ayang pakai tudung kerana abang, biar dengan kehendak dan keikhlasan hati ayang sendiri..." so sekarang dialah org yg paling bahagia aku jadi mcm ni...hihi...

Semoga semua yg mengenali aku, doakanlah yg terbaik buat aku n hubby juga anak2....dan terima kasih sangat2 pada yg selalu menyokong aku.... :D