Friday, December 31, 2010

New Year 2011

Tahun baru ni biasa je la bagi aku...coz tiap2 tahun baru aku ada azam....takda lah special sangat, tapi akan jadi sangat special bila aku dah mencapainya...tahun lepas aku dah capai azam aku iaitu nak dapatkan rumah yg lebih selesa untuk anak2 dengan dapur yang sangat best untuk aku memasak lauk pauk yang shedap-shedap huhu...
dan ada satu lagi azam aku yg tercapai pada tahun lepas, naik pangkat sebagai Executive dan tangga gaji yang sangat selesa...Alhamdulillah semua tuh dah tercapai...
Untuk tahun ni azam dan cita2 aku adalah buy a new car and set up my own company. buat masa ni aku baru je join venture dengan abang ipar aku Iskandar untuk business PA System dia dan join venture ngan my old friend Taufik, business dia yg sangat sulit untuk diberitahu pada umum ehehe....walaupun begitu untuk aku bersenang lenang dan lupa daratan jauh sekali, coz baru join dua business ni. aku tak pernah terfikir selama ni yg aku mampu buat 3 kerja dalam satu masa dengan berlainan business line.
Walau apa sekali pun yang berlaku aku akan tetap bekerja dengan DC hygiene as Business Development Executive, sebab aku sayang boss2 aku...Kenneth, Marcus n Jeffrey. diorang nih sangat baik dan sangat bertimbang rasa....sayang kalau aku tinggalkan company nih. banyak benda dan perkara yg aku dapat belajar selama aku menjadi exec diorang. harap aku dapat bertahan lama, at least 10 tahun dari sekarang dalam company ni sampai aku dapat jadi manager coz aku dah one step to be. aku tau aku kena bijak dalam menumpukan perhatian demi kerjaya yg aku ada sekarang ni bersama DC. doakan aku kawan2 =)
anak2 aku dua2 dah tidur, yg sulong demam...yg kecik keletihan...jadi apalagi...aku pun nak masuk tidur dah nih. esok nak bangun pagi lepas subuh nak gi pasar basah beli ayam sekoq buat masak special munye ehehehe...HAPPY NEW YEAR to all my friends and gudnite.... =)