Tuesday, March 15, 2011

Menjadi diri aku sendiri....

Aku bukan ego atau sengaja tak nak ambil tahu tentang persekitaran aku...bukan aku tak nak tengok kejayaan org lain...yg mana ter'lalu' didepan dengan kejayaan dah tentu aku say "congrats". sombong ke aku nih???? hish tak rasanya. mungkin kerana aku bersyukur dengan apa yg aku ada that's y aku tak kesah or tak heran dengan kejayaan org lain. aku pun tak pernah rasa cemburu dengan kejayaan org2 terdekat dgn ku. aku happy utk diorang lagi ada la.
heran bila lihat ada sesetgh manusia yg ingin menunjuk2 dengan niat untuk memperlihatkan segala yg dia ada juga dengan sengaja ingin membuatkan org tahu bahawasanya dia hebat seterusnya menyakiti hati org2 yg melihat. kalaulah niat diorang itu di"khas"kan untuk aku....jawapan aku adalah "tak payah"....aku ni bukan jenis yg akan amik pusing dgn apa yg org lain ada...aku hanya akan lihat dan nampak apa yg "aku ada" sahaja....
apa yg ada dlm FB aku nih, hanyalah semata untuk di "share" bukan untuk menyakiti hati sesiapa. tapi kalo ada pihak yg still nak sakit hati jugak...lantak dioranglah...pedulik hapa aku....asalkan tak menggugat ke'happy'an aku sudah la....
well, blog sudah update, perut pun sudah kenyang, nak kuar for appointment after lunch...pastu balik jumpa hubby yg hensem juga yg terchenta, amik anak2 gulik2 ngan diorang...masak2 untuk dinnner....hrmmm indahnya hidup aku nih....Alhamdulillah....
kepada kawan2 dan rakan2 juga sahabat2...mana yg sudi tu doakanlah kebahagiaan aku ni berpanjangan....amiiinnnnn......=)

Thursday, January 13, 2011

Ada orang kata....

Ada orang kata FB adalah tempat untuk berangan-angan. kerana apa yg kita tunjuk tak semestinyer betul, dan kalau betul pun ada yg kata kenapa nak menunjuk2. Suka hati diorang la nak menunjuk ke hapa ke. pada aku kalau nampak orang upload gambar2 yg boleh dikategorikan sebagai untuk menunjuk2 pun takde rasa apa2. sebab aku fikir maybe they deserve to show off atas usaha diorang sendiri. Ahhhh lantak lah...masing2 ada persepsi masing2.
sekarang waktu lunch, semua org dah kuar so tinggal la aku sorang malas nak kuar....tiap2 hari tak lekat kat opis..penat tuuuu....bila godek2 Blog n FB sesorang....aku terfikir sesuatu...sesuatu yg mengubah hidup aku....iaitu 'USAHA'....tanpa aku sedar aku n hubby dah dapat mengubah macam2 dalam kehidupan kitorang nih dan dlm rumahtangga kitorang gak. Ramai orang kata kalau diorang jadi cam aku mesti seronok...persoalannya jadi yang macamana? aku tak nak orang letakkan aku sebagai idola sebab aku ni belum cukup bagus so aku harap semua kawan2 dan rakan2 baik karib mahupun tidak jadilah lebih dari aku, bukan macam aku. masing2 ada rezki masing2 dan segala perjalanan kita semua telah ditetapkan, ianya juga lain2 tak sama. jadi jgn jealous antara satu sama lain. kita kena support each other. aku tak kisah untuk terima sesiapa je untuk jadi kawan. aku bukan jenis yg berkawan dengan ada niat tertentu. aku tak pernah take advantage pada sesiapa, sebab apa yg aku nak aku leh dapatkan sendiri. nak kata sayang kawan2 aku...itu dah tentu, tapi aku nak diorang akan berusaha untuk jadi lebih dari aku....aku akan happy kalau tgk kawan2 aku beroleh kejayaan, dengan tanpa rasa hasad dengki aku akan ucapkan TAHNIAH. oleh kerana aku ni mcm ni, that's y fikiran dan hati aku tak pernah mengalami penyakit 'kusut masai' atau 'tekanan perasaan' ehehe.
so...kepada kawan2 dan rakan2 aku, kepuasan dan kegembiraan aku adalah kejayaan korang semua, kalau korang perlukan pertolongan dari aku...contact2 la k. aku boleh bantu dari segi apapun Insya'Allah. dah ramai dah datang n mintak nasihat...Alhamdulillah selama ni segalanya berjalan lancar dan ada sesetgh daripadanya dapat diatasi. aku puas hati bila dapat tolong korang semua...indeed i am....aku akan jarang online sebab ada sesuatu yg aku tgh usahakan...jadi kalau korang semua rindu kat aku silalah call atau sms ye...hihi...sampai disini sajalah dulu...tunggu di post yg akan datang lak ...bubbye =)

Saturday, January 1, 2011

Kisah permulaan hidup aku...

Setiap manusia akan ada sesuatu yg membuatkan dia bersemangat untuk hidup. Pada aku, anak2 aku yg punca utama kenapa aku harus teruskan kehidupan, seterusnya barulah hubby, my mother and family. aku bersyukur dikurniakan suami bertanggungjawab, setia, penyayang dan anak2 yg comel loteyyy....eheheh...

Ramai orang kata dan nampak aku bahagia, sampai ada yg menyatakan pada ku, yg aku ni idola diorang. Siapa kata senang nak jadi bahagia. macam2 perkara dah aku tempuh dari muda sampai lah nak ke tua nih...(tua ke aku dah???) huhu...Aku selalu teringat waktu mula2 aku kenal suami dan waktu permulaan hidup kitorang sebagai suami isteri. Masa lamaran, aku macam tak percaya tapi serba salah nak menolak. Suami ramai peminat tapi aku sampai sekarang pelik kenapa dia minat aku. Asalnya kawan aku yg minat pada dia. tak pasal2 yg dimintak no phonenya aku...ehehe...bila kitorang mula berkawan aku dah nak pass kan phone number dia pada kawan aku tuh. well nak dijadikan cerita aku tukar no phone sekali ngan nombor kawan2 aku tuh hilang. aku mmg dah ada boyfriend dan sepatutnya terima rombongan pada hujung tahun tu (2004). Aku cuba nak jelaskan pada Suami aku time tuh tapi dia tak dapat terima pulak. last2 aku tinggalkan boyfriend aku tuh dan terima lamaran Suami aku nih.  Kalau dah jodoh takkan kemana ye tak...huhu

Banyak dugaan yg kitorang tempuh bersama. waktu tarikh pertunangan kitorang aku masuk sepital sebab demam denggi, suami aku jaga aku...sanggup amik cuti selama aku berada dihospital. Siap kena operate, tukar darah la ape la coz denggi aku dah tahap denggi berdarah, masa aku di pindahkan ke wad lepas operation, penghuni katil aku tuh baru je lepas meninggal. baru aku sedar yg aku nih critical sebenarnya, 50-50 lah org kata. Tapi kalau dah jodoh tu jodoh la jugak, umur aku panjang...setelah berhari-hari terlantar tak boleh bangun, even berdiri, akhirnya sembuh jugak.

15.05.2005 kitorang berkahwin. kenduri sederhana. tapi kedua2 belah pihak berjalan lancar Alhamdulillah. mula2 dok umah mak mertua 1 thn, pastu dok umah mak sendiri 6 bln sambil2 cari rumah untuk disewa. last2 dapat gak, rumah 1st yg kitorang sewa takda lah teruk kira ok la jugak. ada 2 bilik, dapur dan ruang tamu yg sederhana besar. Anak baru sorang time tu ok la kan...masa dok kat umah tuh perkara yg paling aku tak boleh lupa orang sebelah rumah aku suka amik daun limau purut, serai dan jantung pisang aku yg kat belakang umah aku tuh...nak aje aku jerit 'wei kalo korang nak petik2 sesuka hati macam ni baik tanam sendiri woii!!!'...hampes sungguh, tapi pada suatu hari jiran aku tu ketuk pintu dapur..aku pun keluar dia tanya "akak nak beli tak blender saya ni 60 ringgit je" kesian aku tgk dia ada anak sorang...aku pun beli je la...bukan sebab aku nak sangat blender tuh....tapi sekadar nak membantu dia bagi makan kat anaknye...diorang pun baru mula hidup mcm aku jugak...semenjak dari pada tu asalkan aku beli apa2 untuk anak aku...aku mesti bagi jugak kat anak jiran aku tuh... kalo aku masak lauk pauk yg special sket aku suruh suami aku hantarkan kesebelah...sama merasa orang kata...=)
Pastu aku naik pangkat as officer, suami mmg dah officer kat MAS time tuh. Anak dah bertambah sorang lagi...dah jadi dua... kitorang pun pindah ke apartment amazing heights..3 bilik 2 bilik air dan ruang tamu yg sangat luas. 1 thn setengah aku dok situ aku dapat offer untuk jadi PA, selepas beberapa bulan aku dapat offer as Business Development Executive apelagi sambar la, pastu terus carik umah teres 2 tingkat...dapat gak akhirnya. walaupun bukan corner lot tapi cukup luas dan selesa buat anak2 yg semakin membesar...dan yg paling penting cabinet dapur aku sangat cantik ehehe...tu yg syiok tuh...
sebenar banyak lagi cerita dalam hidup aku yg boleh dikongsi...tapi malas la plak nak tulis panjang lebar..kang penat lak korang2 nak membacanya ehehehe... ok lah...ini sajalah buat masa ni ye...kita bertemu lagi di lain post akan datang...tataaa... =)

Friday, December 31, 2010

New Year 2011

Tahun baru ni biasa je la bagi aku...coz tiap2 tahun baru aku ada azam....takda lah special sangat, tapi akan jadi sangat special bila aku dah mencapainya...tahun lepas aku dah capai azam aku iaitu nak dapatkan rumah yg lebih selesa untuk anak2 dengan dapur yang sangat best untuk aku memasak lauk pauk yang shedap-shedap huhu...
dan ada satu lagi azam aku yg tercapai pada tahun lepas, naik pangkat sebagai Executive dan tangga gaji yang sangat selesa...Alhamdulillah semua tuh dah tercapai...
Untuk tahun ni azam dan cita2 aku adalah buy a new car and set up my own company. buat masa ni aku baru je join venture dengan abang ipar aku Iskandar untuk business PA System dia dan join venture ngan my old friend Taufik, business dia yg sangat sulit untuk diberitahu pada umum ehehe....walaupun begitu untuk aku bersenang lenang dan lupa daratan jauh sekali, coz baru join dua business ni. aku tak pernah terfikir selama ni yg aku mampu buat 3 kerja dalam satu masa dengan berlainan business line.
Walau apa sekali pun yang berlaku aku akan tetap bekerja dengan DC hygiene as Business Development Executive, sebab aku sayang boss2 aku...Kenneth, Marcus n Jeffrey. diorang nih sangat baik dan sangat bertimbang rasa....sayang kalau aku tinggalkan company nih. banyak benda dan perkara yg aku dapat belajar selama aku menjadi exec diorang. harap aku dapat bertahan lama, at least 10 tahun dari sekarang dalam company ni sampai aku dapat jadi manager coz aku dah one step to be. aku tau aku kena bijak dalam menumpukan perhatian demi kerjaya yg aku ada sekarang ni bersama DC. doakan aku kawan2 =)
anak2 aku dua2 dah tidur, yg sulong demam...yg kecik keletihan...jadi apalagi...aku pun nak masuk tidur dah nih. esok nak bangun pagi lepas subuh nak gi pasar basah beli ayam sekoq buat masak special munye ehehehe...HAPPY NEW YEAR to all my friends and gudnite.... =)

Monday, December 27, 2010

Hari ini...

Hari ni aku happy, esok lusa tak tau lagi....aku demam gi clinic suruh refer pada hospital...gi hospital kata aku demam sket je..takde ape2...tapi clinic kata darah tinggi aku naik...aahhhh lantaklah...malas aku nak fikir...makan ubat je sudah....

tapi bila aku dok sorang2 kat ruang tamu sambil hubby yg tersayang berusaha keras masakkan spaghetti untuk aku, aku terfikir...macamana kalau seru untuk aku ketemu Allah telah sampai??? atau ianya sampai kepada ku sedang aku tidur??? dlm keadaan tak bersedia atau aku tenang....tapi aku heran kenapa aku relax je bila fikirkan pasal kematian...tapi yg pasti nya aku nak sediakan everything untuk anak2 aku sebelom aku pergi selamanya...aku sedar bila aku berdoa tak pernah aku mintak pada Allah untuk panjangkan umur aku..kenapa ek??? semua aku mintak tapi tu satu tak pernah terlintas...bila aku ckp mcm ni kat hubby. mesti hubby aku marah kaw2 tak faham kenapa...
sayang suami dan anak2....tapi hati aku rela untuk meninggalkan diorang bila seru untuk ketemu Allah S.W.T sampai suatu hari nanti, mudah mudahan rakan2 dan ahli keluarga aku akan mendoakan juga sedekahkan Al-Fatihah untuk aku waktu itu.
aku harap sangat hati aku ni takkan bongkak, takbur, iri hati, dengki, cemburu, berlagak tak tentu pasal macam sesetgh org yg aku kenal baik dlm internet mahupun dialam nyata luar sana. depan muka baik lah sangat, belakang tak tau nak kata ape dah....harap diorang nih insaf la...coz kekadang aku tgk pencapaian tak seberapa...tapi citer letop2...
aku tetap aku yg mcm ni, sesiap yg pernah jumpa aku live tau la diorang macamana...mmg takkan sorok apa2...tgk lah ape yg korang nak tgk...tanya lah apa yg korang nak tanya...cakap lah apa yg korang nak cakap...baru korang akan kenal aku siapa...takda apa yg perlu aku sorokkan...kalo bahagia korang nampak maka bahagialah aku...kalo tak baik yg korang nampak maka tak baik lah aku...yg pasti aku sentiasa terima seadanya sesiapa yg nak bersahabat dgn aku. kalo aku dah lama tak berikan pendapat pada korang maknanya aku dah menyampah la tuh...ehehe paham2 je lah ye...

pada aku hidup aku ni dah cukup indah, ada suami yg hensem dan penyayang, anak2 yg comel sepasang pulak tuh, ibu dan ibu mertua yg sangat spoting, family dan rakan2...lebih2 lagi kawan2 yg rapat dan terbaik juga gila2...best best....kerjaya yg makin maju, hidup serba boleh belanja..Alhamdulillah...syukur sangat....hidup aku tak pernah boring sebenarnya...sentiasa indah...maybe that's why aku tak berapa ralat untuk menutup mataku ini buat selamanya....doakan aku ye kawan n family...luv u all :)

Tuesday, December 21, 2010

seorang ex-kawan yg tak sepatutnya aku kenal dari mula...

Aku ada seorang ex-kawan, she's a gurl....masa aku form 3 aku kenal dia. bila dah mula rapat dia pun bgtau yg sebelum tuh dia mmg kenal aku tapi segan nak bertegur sapa coz nampak aku nih mcm sombong. aku jawab dengan selamba 'muka aku nih mmg sombong pun...kalo org tak kenal kompom org ingat aku nih jenis yg bongkak' ehehehe...then after that kitorang agak rapat.

tapi bila aku fikir2kan balik, aku rapat ngan dia sebab dia ada masalah, selalu ada masalah dengan ibu dia. asik salah faham je, masa form 3 aku satu kelas ngan dia. duduk pun seblah seblah coz aku dok kat blakang skali tepi pintu untuk memudahkan aku memonteng class wakakaka...jahat giler nasib baik SPM tak LING the KUP....ahahahahahahaha....so dah kebetulan aku dok seblah dia jadi terapat lah...

hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan hinggalah makan tahun.....form 5 dia dah sekolah kat KL sentul tak tau ape sebab...(actually aku dah lupa sebab apa) ehehe...yg paling aku tak boleh lupa masa form 4, aku n dia separate class....dia dapat perdagangan aku dapat account,  mak dia dah nak berhentikan dia sekolah, aku datang sekolah dia tak ada, aku call dia katenye mak dia marahkan dia pasal sesuatu la then tak bg dia sekolah, BAYANGKAN LAHHHH....mak dia yg terkenal dengan kegarangannya tuh aku boleh terfikir nak hadap semata sebab aku fikirkan masa depan dia sebagai member yg baru rapat...sanggup aku kayuh beskal kakak aku gi umah dia, jumpa mak dia, ckp kat mak dia...aku mintak mak dia consider bg dia gi sekolah...mula2 mak dia berkeras sampai ke sudah...aku hampa...last2 esoknya datang sekolah nampak muka dia....Alhamdulillah.....

dia bermasalah dengan boyfriend, aku jugak yg buat solat hajat supaya dia dapat kahwin...dah kahwin bermasalah lagi, nak bercerai aku jugak gi teman, dah bercerai hidup takde steady boyfriend, aku kenalkan kawan laki aku yg boleh dikatakan rapat la jugak....

pastu gaduh, kenduri aku dia tak datang tapi kirim hadiah je...kepala hotak dia....kalo betul la kawan datang la...takde nye aku nak marah...what past is past la...yg buat aku hangin nya...masa aku pregnant 2 bln aku bleeding, then pada masa yg sama jugak aku bgtau dia....kebetulan laki aku nak mintak dia dgn boyfriend baru dia (aka suami dia sekarang) datang hantarkan the very important document tuh la coz tertinggal kat dlm ketenye...guess what???? she don't even masuk rumah pun untuk jenguk aku semata nak kejarkan pergi clubbing.... ITU KE KAWAN????? aku pun geram...straight away sms dia ngan boyfriend juga plus ada seorang kawan laki aku yg boleh dikatakan sangat rapat time tuh....aku kata 'terima kasih atas segalanya, mulai hari ini kita putus sahabat, goodluck and all the best' lebih kurang mcm tu lah kot aku pun dah tak brapa hengat dah....and after that she n her boyfriend with the friend of my husband tuh asik anggap aku yg bersalah sampaikan laki2 aku skali tak ditegurnya....sangat lah childish....the reason WHY aku putus sahabat dgn 3 ekor nih sekaligus is bcoz...aku tau my ex-kawan ni bukan jenis yg ramai kawan dan tak pandai jaga diri...and i know when aku putuskan hubungan dengan dua lelaki (boyfriend n the friend) nih...both of them will pay attention more to my ex-kawan tuh...so that's was my intention. tapi punyalah bodoh diorang nih sampai ke hari ini tak pernah terfikir....aku sikit pun tak heran...bukan aku membesar dengan diorang pun....tapi still untuk sekian kali nya...disaaat akhir persahabatan kitorang pun aku fikirkan pasal keselamatan dan kebahagiaan dia kan...

dia mmg suka tenggelam timbul...bila ada masalah nampak la muka aku...kalo time happy mmg dia tak nampak punya lah aku nih walaupun aku dok kat depan muka dia sekali pun....and this is the most thing that i regretted for the whole of my life.... aku menyesal kenal dia....Sumpah aku menyesal....

itulah cerita aku buat hari ini...dan buat pengetahuan...sampai ke hari ini aku buat tak kenal je...takde pekdahnye kalo aku buat kenal pun dangan org yg mcm tuh....adiosssssss

AKU.....

AKU......
seorang yg sangat suka tensenkan diri, marah2, mengamok, keras kepala, degil dan yg seangkatan dengannya ehehehe...tapi tak tau nape masih ada org yg nak kawan ngan aku hadeh....maybe sebab baik aku lebih sket kot dari semua diatas tuh...ahahahahaha

aku sebenarnya tak suka cerita pasal diri sendiri tapi aku bukanlah seorang yg suka mengangungkan org lain...jadi sesiapa yg dapat pujian dari aku kira bertuah giler arrr...huhu...dari kecik sampai ke besar nih aku sedar satu perkara yg sangat ketara iaitu aku tak ramai kawan rapat...ramai kawan tapi kawan baik atau rapat mmg sikit dan diorang sangatlah berquality ehehehe....

bukan senang org nak paham aku nih...nak tag along pun susah...huhu bukan lah kawan memilih tapi ramai kawan2 yg nak rapat tapi tak boleh terima sebab aku nih kasar dan sangatlah lasak...ehehe sampaikan anak2 aku pun semua lasak2 dan buas belaka.

aku masa kecik2 nakal, bila sekolah menengah lagilah nakal...takde ape yg special pasal aku nih....cuma yg pasti aku nih mmg susah nak mengaku kalah...ade je akal aku nih nak dipanjangkan bila berada dlm sesetgh situasi yg mmelibatkan kalah dan menang ...sampaikan benang yg basah pun aku boleh tegakkan semata tak mau kalah...sebab tu la laki aku kekadang marahkan aku huhu...tapi dia dah biasa dah...dah paham sangat2....

ramai org tanya samada aku ni kenal diri sendiri atau tak...jawapan aku simple....kenal yg teramat sangat, that's y aku tau apa kelemahan aku, keburukan dan bukan hanya kebaikan je...coz pada aku setiap manusia yg kenal akan dirinya adalah manusia yg berpotensi untuk berjaya. lebih2 lagi keburukan dan kelemahan diri sendiri...so that's org lain takkan dpt menghinjak bcoz  manusia tuh tau apa kelemahan dan keburukan dia yg patut ditutupi dan dilindungi dari menjadi senjata kepada org lain untuk menumpas kan dia dari segi apapun...ermmmm (apa yg aku mengarut nih?) ehehehehe

well cara didikan yg aku dapat dari arwah papa aku pun berteraskan 'tidak mudah mengaku kalah' ehehehe so tak peliklah aku membesar jadi mcm ni kan? but what so ever thanks to my late father, bcoz mendidik aku dgn cara yg terbaik...if not aku rasa aku takkan dapat upgrade life aku sekarang nih....and thanks to Allah too...luv myself and never will let me down for no reason, that's a promise.