Monday, December 12, 2011

There can be miracles when u believe

Many nights we've prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopeful song
We barely understood


Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains long
Before we knew we could


There can be miracles, when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe


In this time of fear
When prayers so often prove(s) in vain
Hope seems like the summer birds
Too swiftly flown away


Yet now I'm standing here
My heart's so full I can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I'd say


There can be miracles, when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe


They don't (always happen) when you ask
(Oh)
And it's easy to give in to your fears
(Oh...Ohhhh)
But when you're blinded by your pain
Can't see your way straight throught the rain
(A small but )still resilient voice
Says (hope is very near)
(Ohhh)


There can be miracles
(Miracles)
When you believe
(Lord, when you believe)
Though hope is frail
(Though hope is frail)
It's hard to kill
(Hard to kill, Ohhh)
Who knows what miracles,you can achieve
When you believe, somehow you will(somehow,somehow, somehow)
somehow you will
You will when you believe


You will when you
You will when you believe
Just believe...in your heart
Just believe
You will when you believe~

***setiap kali aku dengar lagu nih aku akan teringat masa zaman aku budak2 n remaja, tak tau kenapa terlalu banyak perkara yg telah aku lalui tapi mmg benar janji Allah sekiranya kita percaya akan kebenaran janji-Nya kita akan dapat apa yg kita minta dan mahukan. Alhamdulillah aku dapat apa yg aku mahukan selama aku hidup ni. felt like i am blessed. Sebagai manusia aku bahagia walaupun banyak rintangan yg telah aku lalui dan bakal ditempuh. apapun this song means a lot to me. it's not because of the singer but because of the lyric, really touched me deep inside. 

terlalu banyak pengalaman dan cerita yg terbuku didalam hati untuk dikongsi, tapi aku mmg sangat memilih orang untuk berkongsi apapun kisah cerita sebab aku susah nak percaya sesiapa. Aku akan menilai seseorang melalui hati bukan mata, bukan telinga dan yg seangkatan dengannya...senang je...hanya dengan hati yg bersih dan mulia akan membuatkan aku selesa dan percaya. tak susah pun kan...tapi aku dikelilingi oleh orang2 yg hanya melihat zahir untuk dinilai dan dipercayai bukan hati. Lagi pulak yg kuat menipu...huh... Tu yg susah tu.

Buat masa ni aku happy je berkongsi cerita dengan orang yg tersayang...dialah suami, sahabat, kekasih dan segalanya buat aku...luv u abang...hunny bunny bun...tak kisah lah dia selalu baca atau tak blog aku nih..tapi yg pasti dia sentiasa dihatiku...huhu... :D

Wednesday, November 23, 2011

Ayatul Kursi




Bacaan Ayatul Kursi....


Yaasin...


Open Ur Heart

Ntah tak tau kenapa sejak dua menjak ni suke sangat aku dengar lagu2 lama ehehe...

Abang ipar aku kahwin

20th November 2011 kat Perak, Along (abg ipar) kahwin. selamat dah. tinggal belah lelaki pulak 27th November 2011 kat Sepang. Happy gak la dapat melawat dusun kg laki aku kat Kuala Kangsar, Perak. Melihat buah2 durian yg tak gugur lagi haha, bikin aku terliur saja cehh. next trip pulak cameron highland. tak tau la ape yg ade kat situ, ntah menarik ntah tidak, layankan je la...alang2 dah nak temankan pengantin baru.
Perasaan aku ok je, tapi ada rasa syukur gak la bila tgk semua adik beradik laki aku ada untuk meraikan perkahwinan abg sulongnya. for me, just tumpang gembira. Kekadang bila dah dewasa nih lagi2 dah beranak pinak, mcm2 aku fikirkan....yg pasti all about life, anak2, suami, mak aku, mak mertua aku, adik beradik aku, dan yg seangkatan dgnnye.
Upgrading life, itu yg paling utama...biar org mengikuti kita asalkan bukan kita yg mengikuti org lain dalam kemajuan hidup sendiri. Aku akan terus maju walaupun ada diantara manusia sekeliling aku ni yg tidak senang dengan keadaan atau kemajuan aku, sekurang2nye aku ada identiti sendiri. Banyak perkara yg aku sedar selama aku hidup ni, macam2.... yg org lain pun tak mungkin menyedarinya. Biarlah, asalkan aku bahagia dan tetap dgn pendirian aku untuk mengekalkan identiti yg original tanpa mengikuti atau mencontohi sesiapa. Berdiri sendiri adalah lebih baik.
Apapun tahniah lah pada pasangan pengantin Ahmad Ranizam dan Hasnidar, aku doakan mereka berdua bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu. Insya'Allah. Aminnnn.







Ni lah dia pengantinnye... :)







Ha yg ni pulak durian yg tak gugur2...haha hampeh

Yg ni gambar c tukang kebun yg berjaya tuh hehe...ada style..huhu

Saturday, October 8, 2011

Sesudah Raya yg bahagia hoho...

Bulan lepas...raya, bulan ni aku seksa sket hehe, tapi takpe ni semua dugaan.... aku bukan seorang yg suka berahsia tapi tak tau kenapa kali ni aku lebih suka menyepi, hadap apa yg patut...tak sangka hati aku sekuat ini.

bulan lepas happy sangat2, bulan ni happy dalam pilu huhu. aku terima seadanya apapun yg berlaku atau yg bakal dihadap. Cerita pasal raya, aku raya kedua2 belah kampung....belah mak aku n mak mertua aku. sebab aku tau aku takkan mampu untuk memuaskan hati semua pihak jadi aku ambil keputusan sedaya upaya adil untuk beraya kedua2 belah kampung.

sesungguhnya orang takkan tahu apa yg kita fikirkan, hakikatnya aku muak dengan FB, Tagged, Twitter dan yg seangkatan dengan nya, in fact, acnt Twitter aku pun, aku dah lupa password haha hampeh. aku menyampah bukan sebab apa, semua ni mendorong aku secara tak langsung menjadi penipu...iye lah apa taknye...bila aku ckp aku ni hidup dlm keadaan sederhana org kata aku kaya, bila aku kata aku jalan kaki orang kata aku naik kereta BMW, MPV, segala kereta2 mewah tu lah. walhal aku tak pernah pun kata aku ni sesenang itu. cuma Alhamdulillah kehidupan aku ni selesa lah, makan pakai cukup, anak2 happy, hubby pun senyum je ehehe.

Aku ni simple je orangnya,  aku akan akui apa yg aku ada dan apa yg aku tak ada, sebab takde apa yg perlu disorokkan, aku boleh je pergi oversea, dapat je aku pegi melancong, aku pun percaya semua org pun mampu melancong sekarangkan? so apa nak diherankan kalo aku pergi melancong pun, cuma sekarang ni impian aku nak ke Umrah. itupun kalo ada rezki dapat lah pegi.


ceritanya sekarang ni aku happy dengan diri aku sendiri dan aku tak nak ada sesiapa pun mempertikaikan apa yg aku buat atau apa yg aku ada. senang cerita hidup aku mmg sederhana bukan KAYA ok...apa yg korang tengok itulah aku. no BMW, no Mercedes, no MPV, no SUV, aku hanya duduk rumah dua tingkat dan bukan BUNGALOW. korang nak berkawan dengan aku terimalah seadanya aku dan doakanlah yg terbaik buat aku. sekian.... :)

Wednesday, August 3, 2011

The new me....chewahhh





i luv the way i am now...huhuhu rasa lebih selesa dan lebih disayangi. mungkin ramai yg tertanya tanya kenapa? why? yenne??? jawapannya senang je, dah terbuka hati la tuh..apalagi. jgn ditanya owkeyyy. kalau ada yg tak boleh nak terima atau tak berapa setuju lantak koranglah itu hak korang nak fikir apa dan pendapat masing2. untuk pengetahuan, aku pakai nak sampai ke mati...bukan pakai masa bulan puasa je, kalo mcm tu lagi baik tak yah pakai...(itu pendapat aku la)...
dan aku bertudung nih tak memberikan aku hak untuk mengata atau memandang serong terhadap yg tidak memakai...coz adik bradik aku pun tak pakai, kawan2 aku pun ramai yg tak pakai, in fact aku pun dulu tak pakai so aku tau camna rasanya dan perbezaannya. pada aku bukan senang nak bertutup litup ni. sebelom nak melakukannya bertapa muhasabah diri dah aku nih sampai menangis2, terngigau2 mimpikan arwah ayah aku, arwah nenek aku, arwah atok aku, sampai la aku lakukan apa yg patut baru tenang jiwa raga ni.

buat pengetahuan semua, jgn la anggap  aku ni org asing atau makhluk asing hanya kerana aku ni bertudung, aku tetap aku...cuma maybe ada sedikit perbezaan dari segi cara kelakuan dan pemakaian...aku tetap terima adik beradik, kawan2, n sedara mara aku kalau diorang nak pakai seksi meksi pun...itu hak diorang. aku berubah pun takde sape yg nasihat sendiri sedar. so bertudung ni tidak memberikan aku lesen agong untuk bagi nasihat tentang keagamaan sesuka hati owkey, juga tidak memberikan aku satu jalan untuk berpuak puak....
Apapun credit to my husband, sentiasa menyokong apa yg aku buat...kalau yg baik lagilah dia sokong...siap bg peruntukkan untuk aku membeli tudungs n bajus yg bertutup...ehehe...juga sentiasa berada disisi aku tatkala aku ngigau mimpi ngeri...(dia je la yg tau) huhu....mengajar aku erti kesabaran, ketaatan dan kebaikan...banyak lagi sebenarnya...tapi takpelah biar aku je la yg tau selebihnya...hehe...just nak bgtau aku bersyukur giler dan tak pernah menyesal berkongsi hidup dengan seorang lelaki a.k.a suami yg bernama Ranizal Basiran. sayang sangat2 kat dia. ayat yg dia selalu bg bagi kat aku msa aku seksi meksi eheh "abang suka dan nak ayang pakai tudung, tapi abang tak nak ayang pakai tudung kerana abang, biar dengan kehendak dan keikhlasan hati ayang sendiri..." so sekarang dialah org yg paling bahagia aku jadi mcm ni...hihi...

Semoga semua yg mengenali aku, doakanlah yg terbaik buat aku n hubby juga anak2....dan terima kasih sangat2 pada yg selalu menyokong aku.... :D