Wednesday, August 3, 2011

The new me....chewahhh





i luv the way i am now...huhuhu rasa lebih selesa dan lebih disayangi. mungkin ramai yg tertanya tanya kenapa? why? yenne??? jawapannya senang je, dah terbuka hati la tuh..apalagi. jgn ditanya owkeyyy. kalau ada yg tak boleh nak terima atau tak berapa setuju lantak koranglah itu hak korang nak fikir apa dan pendapat masing2. untuk pengetahuan, aku pakai nak sampai ke mati...bukan pakai masa bulan puasa je, kalo mcm tu lagi baik tak yah pakai...(itu pendapat aku la)...
dan aku bertudung nih tak memberikan aku hak untuk mengata atau memandang serong terhadap yg tidak memakai...coz adik bradik aku pun tak pakai, kawan2 aku pun ramai yg tak pakai, in fact aku pun dulu tak pakai so aku tau camna rasanya dan perbezaannya. pada aku bukan senang nak bertutup litup ni. sebelom nak melakukannya bertapa muhasabah diri dah aku nih sampai menangis2, terngigau2 mimpikan arwah ayah aku, arwah nenek aku, arwah atok aku, sampai la aku lakukan apa yg patut baru tenang jiwa raga ni.

buat pengetahuan semua, jgn la anggap  aku ni org asing atau makhluk asing hanya kerana aku ni bertudung, aku tetap aku...cuma maybe ada sedikit perbezaan dari segi cara kelakuan dan pemakaian...aku tetap terima adik beradik, kawan2, n sedara mara aku kalau diorang nak pakai seksi meksi pun...itu hak diorang. aku berubah pun takde sape yg nasihat sendiri sedar. so bertudung ni tidak memberikan aku lesen agong untuk bagi nasihat tentang keagamaan sesuka hati owkey, juga tidak memberikan aku satu jalan untuk berpuak puak....
Apapun credit to my husband, sentiasa menyokong apa yg aku buat...kalau yg baik lagilah dia sokong...siap bg peruntukkan untuk aku membeli tudungs n bajus yg bertutup...ehehe...juga sentiasa berada disisi aku tatkala aku ngigau mimpi ngeri...(dia je la yg tau) huhu....mengajar aku erti kesabaran, ketaatan dan kebaikan...banyak lagi sebenarnya...tapi takpelah biar aku je la yg tau selebihnya...hehe...just nak bgtau aku bersyukur giler dan tak pernah menyesal berkongsi hidup dengan seorang lelaki a.k.a suami yg bernama Ranizal Basiran. sayang sangat2 kat dia. ayat yg dia selalu bg bagi kat aku msa aku seksi meksi eheh "abang suka dan nak ayang pakai tudung, tapi abang tak nak ayang pakai tudung kerana abang, biar dengan kehendak dan keikhlasan hati ayang sendiri..." so sekarang dialah org yg paling bahagia aku jadi mcm ni...hihi...

Semoga semua yg mengenali aku, doakanlah yg terbaik buat aku n hubby juga anak2....dan terima kasih sangat2 pada yg selalu menyokong aku.... :D

Sunday, April 24, 2011

Haiyaaaa!!!! bukan salah aku la...

dah lama ku tak update blog dan on FB sebenarnya...terlalu banyak perkara yg jadi. sebok keje punya pasal sampai tak perasan yg ramai kawan2 punya status yg aku ter missed sampai ada yg bengang kot, ye la sebab bila tgk dia punya action towards it macam tak best je..ada yg blocked aku dari view wall dia, ntah tak tau apepasal...nak kata sengal mungkin la jugak kot. ni yg susah ni kalo ada member2 yg sebegini rupa..ada la dlm sorang duorang je....tapi tetap tertanya-tanya...kenapa??? why?? yenne??? chomeynga??? ermmm lantaklah...

mcm2 dlm pengalaman aku ngan FB nih...pernah terdapat seorang lelaki yg sangat fikir dia tau everything dan bagus dalam semua segi...berdebat ngan aku..last2 sakit hati punya pasal trus bloked aku...ahahaha hadeh..mmg tak gentle langsung...kawan kepada kawan aku..ntah apa namanya aku pun dah lupa...tak silap Nabil Ap kot namanya...last2 sekarang nih aku baru tersedar bahawasanya kawan sekolah aku yg berkawan dengan mamat motor tersebut pun sama sengal perangainya...hadeh..patutkah??? salahkah aku???

kata lelaki nape semuanya tak boleh bertahan??? kalo tak suka berterus terang lah...tapi kenapa tak gentle...aku tak sedar kalo2 terkasar bahasa..tapi semenjak dua menjak aku tak online n kurang ternampak status dia trus jadi mcm member dia tuh jugak...hadoiii la...tolong...tolong....wahai kaum lelaki....tolong jgn jadi seperti ini...aku tahu yg aku nih tak bertudung dan bukan seorang yg baik...tapi sumpah demi Allah kawan dia mamat motor tuh pernah pm inbox aku siap mintak nak scandal walhal dah terang2 yg aku nih isteri org...kesian tak??? sedih tak???

semua org akan fikir dirinya betul...tapi pada aku..kadang2 aku tau diri aku salah cuma saja nak menyakat mana2 mamat yg nak tunjuk sangat handal dan cool tuh dengan menegakkan benang yg basah...sebab nak tgk bertapa kentalnya dia...kentalkah??? ahahahaha hadoi...seribu kali hadoi.....

pesanan kepada kawan2 lelaki aku (baik kawan sekolah mahupun kerja atau sebaliknya) tolonglah kalo tak puas hati dengan aku pls pm me or call je aku k...soal je...atau tanya je...atau apapun yg seangkatan dengannya...aku akan bg respond or feedback yg pantas lagi cepat dan hebat...aku takde masa la nak layan sangat FB sekarang nih..kejap2 boleh la...kerja beb kerja....faham lah....aku post segala picture...itukan pic aku bukan pic korang pun yg hangen tak tentu pasal apesal?...dan mesti la pic yg cantik mantik...kang kalo aku post time baru bangun tido muntah semua manusia kat dlm FB aku tuh nanti.....cuma aku rasa tahap kematangan mamat2 yg sedemikian baru mencapai tahap 50-60 peratus je kot...kata hebat...kata sempoi...lagi2 open minded(kononnya)...buktikan lah...takkan la dengan aku ni pun nak kecik hati..... grow up dude....dan tolonglah janganlah sesekali drag laki aku sekali dlm ketidakpuasan hati korang tuh (mamat2 tersebut la)....k adios...aku tetap aku...sampai satu masa akan hembus juga nafas terakhir...so aku tau apa aku buat...Insyaallah akan aku perbaiki mana yg kurang ok....

take care semua yg membaca.....aku nak out dan berpijak dibumi yg nyata...banyak lagi yg memerlukan perubahan yg baik dalam hidup aku nih...doakan yeh...jgn la benci tak pasal2 k...penat dah nih...tata :)

Tuesday, March 15, 2011

Menjadi diri aku sendiri....

Aku bukan ego atau sengaja tak nak ambil tahu tentang persekitaran aku...bukan aku tak nak tengok kejayaan org lain...yg mana ter'lalu' didepan dengan kejayaan dah tentu aku say "congrats". sombong ke aku nih???? hish tak rasanya. mungkin kerana aku bersyukur dengan apa yg aku ada that's y aku tak kesah or tak heran dengan kejayaan org lain. aku pun tak pernah rasa cemburu dengan kejayaan org2 terdekat dgn ku. aku happy utk diorang lagi ada la.
heran bila lihat ada sesetgh manusia yg ingin menunjuk2 dengan niat untuk memperlihatkan segala yg dia ada juga dengan sengaja ingin membuatkan org tahu bahawasanya dia hebat seterusnya menyakiti hati org2 yg melihat. kalaulah niat diorang itu di"khas"kan untuk aku....jawapan aku adalah "tak payah"....aku ni bukan jenis yg akan amik pusing dgn apa yg org lain ada...aku hanya akan lihat dan nampak apa yg "aku ada" sahaja....
apa yg ada dlm FB aku nih, hanyalah semata untuk di "share" bukan untuk menyakiti hati sesiapa. tapi kalo ada pihak yg still nak sakit hati jugak...lantak dioranglah...pedulik hapa aku....asalkan tak menggugat ke'happy'an aku sudah la....
well, blog sudah update, perut pun sudah kenyang, nak kuar for appointment after lunch...pastu balik jumpa hubby yg hensem juga yg terchenta, amik anak2 gulik2 ngan diorang...masak2 untuk dinnner....hrmmm indahnya hidup aku nih....Alhamdulillah....
kepada kawan2 dan rakan2 juga sahabat2...mana yg sudi tu doakanlah kebahagiaan aku ni berpanjangan....amiiinnnnn......=)

Thursday, January 13, 2011

Ada orang kata....

Ada orang kata FB adalah tempat untuk berangan-angan. kerana apa yg kita tunjuk tak semestinyer betul, dan kalau betul pun ada yg kata kenapa nak menunjuk2. Suka hati diorang la nak menunjuk ke hapa ke. pada aku kalau nampak orang upload gambar2 yg boleh dikategorikan sebagai untuk menunjuk2 pun takde rasa apa2. sebab aku fikir maybe they deserve to show off atas usaha diorang sendiri. Ahhhh lantak lah...masing2 ada persepsi masing2.
sekarang waktu lunch, semua org dah kuar so tinggal la aku sorang malas nak kuar....tiap2 hari tak lekat kat opis..penat tuuuu....bila godek2 Blog n FB sesorang....aku terfikir sesuatu...sesuatu yg mengubah hidup aku....iaitu 'USAHA'....tanpa aku sedar aku n hubby dah dapat mengubah macam2 dalam kehidupan kitorang nih dan dlm rumahtangga kitorang gak. Ramai orang kata kalau diorang jadi cam aku mesti seronok...persoalannya jadi yang macamana? aku tak nak orang letakkan aku sebagai idola sebab aku ni belum cukup bagus so aku harap semua kawan2 dan rakan2 baik karib mahupun tidak jadilah lebih dari aku, bukan macam aku. masing2 ada rezki masing2 dan segala perjalanan kita semua telah ditetapkan, ianya juga lain2 tak sama. jadi jgn jealous antara satu sama lain. kita kena support each other. aku tak kisah untuk terima sesiapa je untuk jadi kawan. aku bukan jenis yg berkawan dengan ada niat tertentu. aku tak pernah take advantage pada sesiapa, sebab apa yg aku nak aku leh dapatkan sendiri. nak kata sayang kawan2 aku...itu dah tentu, tapi aku nak diorang akan berusaha untuk jadi lebih dari aku....aku akan happy kalau tgk kawan2 aku beroleh kejayaan, dengan tanpa rasa hasad dengki aku akan ucapkan TAHNIAH. oleh kerana aku ni mcm ni, that's y fikiran dan hati aku tak pernah mengalami penyakit 'kusut masai' atau 'tekanan perasaan' ehehe.
so...kepada kawan2 dan rakan2 aku, kepuasan dan kegembiraan aku adalah kejayaan korang semua, kalau korang perlukan pertolongan dari aku...contact2 la k. aku boleh bantu dari segi apapun Insya'Allah. dah ramai dah datang n mintak nasihat...Alhamdulillah selama ni segalanya berjalan lancar dan ada sesetgh daripadanya dapat diatasi. aku puas hati bila dapat tolong korang semua...indeed i am....aku akan jarang online sebab ada sesuatu yg aku tgh usahakan...jadi kalau korang semua rindu kat aku silalah call atau sms ye...hihi...sampai disini sajalah dulu...tunggu di post yg akan datang lak ...bubbye =)

Saturday, January 1, 2011

Kisah permulaan hidup aku...

Setiap manusia akan ada sesuatu yg membuatkan dia bersemangat untuk hidup. Pada aku, anak2 aku yg punca utama kenapa aku harus teruskan kehidupan, seterusnya barulah hubby, my mother and family. aku bersyukur dikurniakan suami bertanggungjawab, setia, penyayang dan anak2 yg comel loteyyy....eheheh...

Ramai orang kata dan nampak aku bahagia, sampai ada yg menyatakan pada ku, yg aku ni idola diorang. Siapa kata senang nak jadi bahagia. macam2 perkara dah aku tempuh dari muda sampai lah nak ke tua nih...(tua ke aku dah???) huhu...Aku selalu teringat waktu mula2 aku kenal suami dan waktu permulaan hidup kitorang sebagai suami isteri. Masa lamaran, aku macam tak percaya tapi serba salah nak menolak. Suami ramai peminat tapi aku sampai sekarang pelik kenapa dia minat aku. Asalnya kawan aku yg minat pada dia. tak pasal2 yg dimintak no phonenya aku...ehehe...bila kitorang mula berkawan aku dah nak pass kan phone number dia pada kawan aku tuh. well nak dijadikan cerita aku tukar no phone sekali ngan nombor kawan2 aku tuh hilang. aku mmg dah ada boyfriend dan sepatutnya terima rombongan pada hujung tahun tu (2004). Aku cuba nak jelaskan pada Suami aku time tuh tapi dia tak dapat terima pulak. last2 aku tinggalkan boyfriend aku tuh dan terima lamaran Suami aku nih.  Kalau dah jodoh takkan kemana ye tak...huhu

Banyak dugaan yg kitorang tempuh bersama. waktu tarikh pertunangan kitorang aku masuk sepital sebab demam denggi, suami aku jaga aku...sanggup amik cuti selama aku berada dihospital. Siap kena operate, tukar darah la ape la coz denggi aku dah tahap denggi berdarah, masa aku di pindahkan ke wad lepas operation, penghuni katil aku tuh baru je lepas meninggal. baru aku sedar yg aku nih critical sebenarnya, 50-50 lah org kata. Tapi kalau dah jodoh tu jodoh la jugak, umur aku panjang...setelah berhari-hari terlantar tak boleh bangun, even berdiri, akhirnya sembuh jugak.

15.05.2005 kitorang berkahwin. kenduri sederhana. tapi kedua2 belah pihak berjalan lancar Alhamdulillah. mula2 dok umah mak mertua 1 thn, pastu dok umah mak sendiri 6 bln sambil2 cari rumah untuk disewa. last2 dapat gak, rumah 1st yg kitorang sewa takda lah teruk kira ok la jugak. ada 2 bilik, dapur dan ruang tamu yg sederhana besar. Anak baru sorang time tu ok la kan...masa dok kat umah tuh perkara yg paling aku tak boleh lupa orang sebelah rumah aku suka amik daun limau purut, serai dan jantung pisang aku yg kat belakang umah aku tuh...nak aje aku jerit 'wei kalo korang nak petik2 sesuka hati macam ni baik tanam sendiri woii!!!'...hampes sungguh, tapi pada suatu hari jiran aku tu ketuk pintu dapur..aku pun keluar dia tanya "akak nak beli tak blender saya ni 60 ringgit je" kesian aku tgk dia ada anak sorang...aku pun beli je la...bukan sebab aku nak sangat blender tuh....tapi sekadar nak membantu dia bagi makan kat anaknye...diorang pun baru mula hidup mcm aku jugak...semenjak dari pada tu asalkan aku beli apa2 untuk anak aku...aku mesti bagi jugak kat anak jiran aku tuh... kalo aku masak lauk pauk yg special sket aku suruh suami aku hantarkan kesebelah...sama merasa orang kata...=)
Pastu aku naik pangkat as officer, suami mmg dah officer kat MAS time tuh. Anak dah bertambah sorang lagi...dah jadi dua... kitorang pun pindah ke apartment amazing heights..3 bilik 2 bilik air dan ruang tamu yg sangat luas. 1 thn setengah aku dok situ aku dapat offer untuk jadi PA, selepas beberapa bulan aku dapat offer as Business Development Executive apelagi sambar la, pastu terus carik umah teres 2 tingkat...dapat gak akhirnya. walaupun bukan corner lot tapi cukup luas dan selesa buat anak2 yg semakin membesar...dan yg paling penting cabinet dapur aku sangat cantik ehehe...tu yg syiok tuh...
sebenar banyak lagi cerita dalam hidup aku yg boleh dikongsi...tapi malas la plak nak tulis panjang lebar..kang penat lak korang2 nak membacanya ehehehe... ok lah...ini sajalah buat masa ni ye...kita bertemu lagi di lain post akan datang...tataaa... =)

Friday, December 31, 2010

New Year 2011

Tahun baru ni biasa je la bagi aku...coz tiap2 tahun baru aku ada azam....takda lah special sangat, tapi akan jadi sangat special bila aku dah mencapainya...tahun lepas aku dah capai azam aku iaitu nak dapatkan rumah yg lebih selesa untuk anak2 dengan dapur yang sangat best untuk aku memasak lauk pauk yang shedap-shedap huhu...
dan ada satu lagi azam aku yg tercapai pada tahun lepas, naik pangkat sebagai Executive dan tangga gaji yang sangat selesa...Alhamdulillah semua tuh dah tercapai...
Untuk tahun ni azam dan cita2 aku adalah buy a new car and set up my own company. buat masa ni aku baru je join venture dengan abang ipar aku Iskandar untuk business PA System dia dan join venture ngan my old friend Taufik, business dia yg sangat sulit untuk diberitahu pada umum ehehe....walaupun begitu untuk aku bersenang lenang dan lupa daratan jauh sekali, coz baru join dua business ni. aku tak pernah terfikir selama ni yg aku mampu buat 3 kerja dalam satu masa dengan berlainan business line.
Walau apa sekali pun yang berlaku aku akan tetap bekerja dengan DC hygiene as Business Development Executive, sebab aku sayang boss2 aku...Kenneth, Marcus n Jeffrey. diorang nih sangat baik dan sangat bertimbang rasa....sayang kalau aku tinggalkan company nih. banyak benda dan perkara yg aku dapat belajar selama aku menjadi exec diorang. harap aku dapat bertahan lama, at least 10 tahun dari sekarang dalam company ni sampai aku dapat jadi manager coz aku dah one step to be. aku tau aku kena bijak dalam menumpukan perhatian demi kerjaya yg aku ada sekarang ni bersama DC. doakan aku kawan2 =)
anak2 aku dua2 dah tidur, yg sulong demam...yg kecik keletihan...jadi apalagi...aku pun nak masuk tidur dah nih. esok nak bangun pagi lepas subuh nak gi pasar basah beli ayam sekoq buat masak special munye ehehehe...HAPPY NEW YEAR to all my friends and gudnite.... =)

Monday, December 27, 2010

Hari ini...

Hari ni aku happy, esok lusa tak tau lagi....aku demam gi clinic suruh refer pada hospital...gi hospital kata aku demam sket je..takde ape2...tapi clinic kata darah tinggi aku naik...aahhhh lantaklah...malas aku nak fikir...makan ubat je sudah....

tapi bila aku dok sorang2 kat ruang tamu sambil hubby yg tersayang berusaha keras masakkan spaghetti untuk aku, aku terfikir...macamana kalau seru untuk aku ketemu Allah telah sampai??? atau ianya sampai kepada ku sedang aku tidur??? dlm keadaan tak bersedia atau aku tenang....tapi aku heran kenapa aku relax je bila fikirkan pasal kematian...tapi yg pasti nya aku nak sediakan everything untuk anak2 aku sebelom aku pergi selamanya...aku sedar bila aku berdoa tak pernah aku mintak pada Allah untuk panjangkan umur aku..kenapa ek??? semua aku mintak tapi tu satu tak pernah terlintas...bila aku ckp mcm ni kat hubby. mesti hubby aku marah kaw2 tak faham kenapa...
sayang suami dan anak2....tapi hati aku rela untuk meninggalkan diorang bila seru untuk ketemu Allah S.W.T sampai suatu hari nanti, mudah mudahan rakan2 dan ahli keluarga aku akan mendoakan juga sedekahkan Al-Fatihah untuk aku waktu itu.
aku harap sangat hati aku ni takkan bongkak, takbur, iri hati, dengki, cemburu, berlagak tak tentu pasal macam sesetgh org yg aku kenal baik dlm internet mahupun dialam nyata luar sana. depan muka baik lah sangat, belakang tak tau nak kata ape dah....harap diorang nih insaf la...coz kekadang aku tgk pencapaian tak seberapa...tapi citer letop2...
aku tetap aku yg mcm ni, sesiap yg pernah jumpa aku live tau la diorang macamana...mmg takkan sorok apa2...tgk lah ape yg korang nak tgk...tanya lah apa yg korang nak tanya...cakap lah apa yg korang nak cakap...baru korang akan kenal aku siapa...takda apa yg perlu aku sorokkan...kalo bahagia korang nampak maka bahagialah aku...kalo tak baik yg korang nampak maka tak baik lah aku...yg pasti aku sentiasa terima seadanya sesiapa yg nak bersahabat dgn aku. kalo aku dah lama tak berikan pendapat pada korang maknanya aku dah menyampah la tuh...ehehe paham2 je lah ye...

pada aku hidup aku ni dah cukup indah, ada suami yg hensem dan penyayang, anak2 yg comel sepasang pulak tuh, ibu dan ibu mertua yg sangat spoting, family dan rakan2...lebih2 lagi kawan2 yg rapat dan terbaik juga gila2...best best....kerjaya yg makin maju, hidup serba boleh belanja..Alhamdulillah...syukur sangat....hidup aku tak pernah boring sebenarnya...sentiasa indah...maybe that's why aku tak berapa ralat untuk menutup mataku ini buat selamanya....doakan aku ye kawan n family...luv u all :)